Followers

28 January 2011

D'SEREMBAN NITE TOWN

BAZAR LARUT MALAM

D'SEREMBAN NITE TOWN
``````````````````````````````````````````````````````````
BERNIAGA - BERBELANJA - BERAMAL

PADA SETIAP:
JUMAAT, SABTU DAN AHAD

MASA:
7:30pm hingga 2.00am

LOKASI:
JALAN LEE SAM (belakang The Store lama)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
012-6039483, 016-3495477, 017-6518318, 019-3922880, 017-2804225
06-7620251 / 2849

Dianjurkan oleh: EMZECH NETWORK
Dianjurkan bersama : DEWANMUDA (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Negeri Sembilan)
Disokong oleh: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Negeri Sembilan



SEREMBAN 19 Jan. – Bazar Larut Malam (BLM) yang dikenali sebagai D’Seremban Nite Town berkonsepkan ‘pasar uptown’ di Jalan Lee Sam berhampiran Terminal One di sini mendapat sambutan orang ramai selepas mula beroperasi pada Jumaat lalu.

Pengerusi Dewan Muda, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Muzli Zainal berkata, lokasi itu dipilih kerana kedudukannya berdekatan dengan pusat beli belah terkenal di negeri ini seperti Terminal One, KM Plaza dan juga The Store selain kawasan yang sedang dinaik taraf oleh Majlis Perbandaran Seremban.
Jelas beliau, BLM dilaksana selepas pihaknya membuat kajian terhadap konsep ‘uptown’ yang ada di beberapa kawasan di Lembah Klang untuk dipraktikkan di negeri ini.

“Konsep bazar seperti ini (BLM) telah popular di Lembah Klang dan konsep itu dibawa ke sini antara lain bertujuan menggalakkan anak muda terlibat dalam aktiviti keusahawan.

“BLM ini beroperasi selama tiga hari sahaja setiap hujung minggu iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 7 malam sehingga 2 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Muzli, kewujudan BLM juga bertujuan mengekalkan kuasa beli pengguna yang ada bagi menjana ekonomi tempatan sekali gus meningkat pendapatan di kalangan usahawan menerusi barangan yang ditawarkan.

Katanya, untuk peringkat permulaan sebanyak 50 tapak perniagaan disediakan kepada golongan usahawan dan keutamaan diberikan kepada anak negeri dengan harga serendah RM30 sehari dan penambahan tapak sehingga 80 tapak perniagaan akan ditambah mengikut keperluan pada masa akan datang

“Harga yang ditawarkan ini adalah termasuk dengan khemah dan bekalan elektrik yang disediakan oleh penganjur.

“Kami percaya dengan harga serendah ini maka para usahawan dapat menawarkan barangan atau perkhidmatan dengan harga paling kompetitif,” katanya.
Menurut beliau, pihak penganjur amat berharap agar peluang ini digunakan oleh sesiapa sahaja yang tidak mengira bangsa untuk menceburi bidang keusahawan.

Sementara itu, untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tapak BLM boleh dibuat dengan menghubungi DPMM di talian 06-7622849, 012-6039483, 017-6518318 dan 017-2804225.
Dipetik dari Utusan Malaysia