Followers

02 December 2009

Bilik Curve untuk disewa


BILIK CURVE UNTUK DISEWA.....



Pusat Usahawan MARA (PUSMA) Negeri Sembilan mempunyai dua lot bilik untuk disewa iaitu Bilik Curve dan Bilik Kuliah.


Bilik ini boleh digunakan untuk kegunaan seperti


1. Bilik Mesyuarat

2. Ruang makan bagi peserta kursus sekiranya menyewa di Bilik Kuliah.

3. Bilik Seminar


Kapasiti peserta 30-40 orang (selesa ).


Sekiranya ada mana2 pihak yang berminat untuk menyewa lot ini, bolehlah menghubungi pihak PUSMA NS di Nombor 06-7626088 atau hantarkan permohonan penyewaan kepada kami.

Permohonan juga boleh difaks ke Nombor : 06-7626081.


Tarif Sewaan:


Hari Bekerja ( Isnin - Jumaat ) - RM 100.00

Hari Minggu (Sabtu-Ahad) - RM 150.00


Sekian Terima kasih.







26 November 2009

Karnival Usahawan Peringkat Negeri Sembilan

Berikut adalah fax yang diterima oleh PUSMA jam 1100 pada 26/11/2009.

Fax dari: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI)

JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR KEUSAHAWANAN

Tarikh : 6 Disember - 7 Disember 2009
Tempat : Dewan Besar Majlis Daerah Jelebu

Intipati Seminar (ringkasan):

Hari Pertama ( Ahad - 6Disember 2009 ):

10:00 pagi --> Majlis Perasmian
2:30 ptg - 4:30 Ptg ---> Seminar 1 : Keusahawanan mengikut Disiplin dan Integriti Islam

Hari Kedua ( Isnin - 7 Disember 2009 )

Seminar 2 ---> Jejak Usahawan Berjaya
Seminar 3 ---> Tembusi Keberkesanan Peluang-peluang Perniagaan
Seminar 3 ---> Perbincangan :- Kemudahan Insentif Perniagaan :- melibatkan SME Bank, Tekun Nasional, Agro Bank, Mara

Maka disini, Saya bagi Pihak PUSMA N9, Ingin menjemput mana2 usahawan atau bakal usahawan yang berminat untuk mendapatkan info2 ilmiah untuk menghadiri kedua2 hari tersebut. datang, jangan tak datang!

19 November 2009

SUKAN MARA SEMALAYSIA 2009











































































Atas permintaan ramai, maka di uploadkan juga sedikit gambar dari Sukan MARA Semalaysia yang berlangsung di Bandar Penawar Johor Bahru awal tahun nie dulu... errr. banyak sangat gambar ni, nanti2 la saya upload lagi! hahahaha....