Followers

BIZCOM

Salam sejahtera, untuk makluman semua, MARA Negeri Sembilan kini telahpun membuka BIZCOM di Aras 1, Seremban Plaza Negeri Sembilan.

BIZCOM kini adalah dibawah penyelenggaraan MARA Negeri Sembilan dibawah unit PUSMA. Walaupun masih bertatih, BIZCOM kini cuba untuk mewujudkan satu konsep baru bagi membantu usahawan.

Buat permulaan ini, berikut adalah kemudahan yang boleh didapati di BIZCOM Negeri Sembilan.

1. 3 buah bilik bincang, yang boleh memuatkan 2 - 5 orang untuk satu sesi perbincangan.
2. Sebuah bilik mesyuarat yang boleh menempatkan sehingga 10 orang untuk sesi business talk, mesyuarat atau lain-lain.
3. Komputer yang mempunyai akses internet.

Antara perkhidmatan yang sedang dijalankan buat masa ini adalah khidmat nasihat bagi usahawan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai keusahawanan di MARA, khidmat nasihat mengenai pemasaran melalui internet, dan khidmat membuat blog bagi usahawan yang ingin mempunyai blognya sendiri.

Pada masa akan datang, kami berharap agar BIZCOM Negeri Sembilan akan menjadi satu pusat sehenti bagi mendapatkan semua data dan maklumat berkenaan keusahawanan baik di MARA mahupun mana-mana agensi yang sesuai.

Buat masa ni, adalah cita-cita saya untuk melihat BIZCOM Negeri Sembilan mempunyai

1. Tambahan komputer
2. Mempunyai Rak buku dan koleksi buku-buku keusahawanan.
3. Mempunyai Rak majalah dan koleksi langganan majalah-majalah keusahawanan.
4. Mempunyai mesin Fotostat, faks dan printer.
5. Mempunyai satu sistem penyaluran atau mendapatkan maklumat terkini dari agensi-agensi berkaitan.

Sekiranya ada mana-mana usahawan atau bakal usahawan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai BIZCOM ini, sila hubungi saya melalui email ke pusman9@gmail.com, atau melalui ruang MAKLUMBALAS atau datang terus ke BIZCOM Negeri Sembilan. Terima kasih!!!!




:- nizran