Followers

28 January 2011

D'SEREMBAN NITE TOWN

BAZAR LARUT MALAM

D'SEREMBAN NITE TOWN
``````````````````````````````````````````````````````````
BERNIAGA - BERBELANJA - BERAMAL

PADA SETIAP:
JUMAAT, SABTU DAN AHAD

MASA:
7:30pm hingga 2.00am

LOKASI:
JALAN LEE SAM (belakang The Store lama)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
012-6039483, 016-3495477, 017-6518318, 019-3922880, 017-2804225
06-7620251 / 2849

Dianjurkan oleh: EMZECH NETWORK
Dianjurkan bersama : DEWANMUDA (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Negeri Sembilan)
Disokong oleh: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Negeri Sembilan



SEREMBAN 19 Jan. – Bazar Larut Malam (BLM) yang dikenali sebagai D’Seremban Nite Town berkonsepkan ‘pasar uptown’ di Jalan Lee Sam berhampiran Terminal One di sini mendapat sambutan orang ramai selepas mula beroperasi pada Jumaat lalu.

Pengerusi Dewan Muda, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Muzli Zainal berkata, lokasi itu dipilih kerana kedudukannya berdekatan dengan pusat beli belah terkenal di negeri ini seperti Terminal One, KM Plaza dan juga The Store selain kawasan yang sedang dinaik taraf oleh Majlis Perbandaran Seremban.
Jelas beliau, BLM dilaksana selepas pihaknya membuat kajian terhadap konsep ‘uptown’ yang ada di beberapa kawasan di Lembah Klang untuk dipraktikkan di negeri ini.

“Konsep bazar seperti ini (BLM) telah popular di Lembah Klang dan konsep itu dibawa ke sini antara lain bertujuan menggalakkan anak muda terlibat dalam aktiviti keusahawan.

“BLM ini beroperasi selama tiga hari sahaja setiap hujung minggu iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 7 malam sehingga 2 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Muzli, kewujudan BLM juga bertujuan mengekalkan kuasa beli pengguna yang ada bagi menjana ekonomi tempatan sekali gus meningkat pendapatan di kalangan usahawan menerusi barangan yang ditawarkan.

Katanya, untuk peringkat permulaan sebanyak 50 tapak perniagaan disediakan kepada golongan usahawan dan keutamaan diberikan kepada anak negeri dengan harga serendah RM30 sehari dan penambahan tapak sehingga 80 tapak perniagaan akan ditambah mengikut keperluan pada masa akan datang

“Harga yang ditawarkan ini adalah termasuk dengan khemah dan bekalan elektrik yang disediakan oleh penganjur.

“Kami percaya dengan harga serendah ini maka para usahawan dapat menawarkan barangan atau perkhidmatan dengan harga paling kompetitif,” katanya.
Menurut beliau, pihak penganjur amat berharap agar peluang ini digunakan oleh sesiapa sahaja yang tidak mengira bangsa untuk menceburi bidang keusahawan.

Sementara itu, untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tapak BLM boleh dibuat dengan menghubungi DPMM di talian 06-7622849, 012-6039483, 017-6518318 dan 017-2804225.
Dipetik dari Utusan Malaysia


25 January 2011

Kursus Asas Perniagaan Siri Pertama - 2011

PUSMA N. Sembilan akan mengadakan Kursus Asas Perniagaan seperti berikut.

KURSUS ASAS PERNIAGAAN 

Tarikh : 21 FEB - 25 FEB 2011.
Yuran  :  RM200 seorang

sesiapa yg berminat bolehlah berhubung dgn kami segera. melalui :
telefon : 06-7626088
Faks  : 06-7626081
Email : pusman9@gmail.com

first come first serve basis.tq :)

Kami mohon agar berita ini dihebahkan kepada mana-mana kenalan yang berminat. Terima kasih.

17 January 2011

Rc Hobby Fly

Rc Hobby Fly 

Ditubuhkan oleh Encik Safri bin Semail pada 26 hb Jun 2007. Atas minat beliau yang mendalam dalam bidang permainan kawalan jauh ini, beliau telah menukarkan aktiviti hobinya kepada satu bentuk perniagaan yang akan dianggap baru oleh kebanyakan rakyat Malaysia.Untuk menggalakkan lagi hobi ini, sebuah landasan yang luas telah diwujukan di Forest Height, Seremban yang hanya terletak 1 km dari pejabat kami di Seremban Plaza.

Dengan adanya landasan ini, kami telah berjaya menarik minat penonton-penonton yang terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat untuk datang menyaksikan kapalterbang, helikopter dan jet yang dikawal  oleh bukan sahaja golongan korporat tetapi juga oleh golongan yang berpendapatan sederhana kerana kami juga ada menjual permainan-permainan kawalan jauh ini dengan harga yang amat serderhana dan berpatutan. 

Di antara servis yang kami tawarkan ialah memasang, membaiki dan melatih individu-individu yang berminat dengan hobi permainan kawalan jauh ini.Selain daripada itu, kami juga menerima undangan untuk gimik perasmian atau pertunjukkan. 

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di-

G-05 Seremban plaza, Jalan Dato' Muda Linggi, 70100 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.Email rchobbyfly@yahoo.com

Tel +6019 3976021 atau +6019 6692214





 

 

 

 

 

 

11 January 2011

SIRI MARI ULANGKAJI :- PENETAPAN HARGA DAN JANGKAAN PELANGGAN


SIRI MARI ULANGKAJI

Ingat nak mulakan melalui  dengan ASAS MEMULAKAN PERNIAGAAN, tapi macam banyak sangat nak taip... so nak start dengan topik2 simple dan santai.

PENETAPAN HARGA DAN JANGKAAN PELANGGAN

Bersepah dah sekarang nie dengan TESCO, Carefour, Giant, Econsave, Family Store, The Store, AEON, etc etc etc. Semuanya menawarkan dari harga terendah, kepada harga yang tertinggi. Kita melihat asalnya Giant dulu berjaya akibat dari menawarkan harga terendah di pasaran. Ini membuatkan kita atau usahawan mungkin terfikir, adakah mereka perlu merendahkan harga produk dan servis mereka? Sebelum menerangkan mengenai perkara ini, kita perlu memahami sebuah konsep atau teori ekonomi iaitu teori Ekonomi Bidangan ataupun Economy Of Scale. 
Konsep Ekonomi Bidangan ini tidak susah untuk difahami, saya pernah berbual dengan seorang tua dulu yang mana beliau adalah pengusaha pertama perkhidmatan feri di Pulau Pinang, alah, yang kita selalu tengok feri2 kuning tu. Beliau memberikan satu perumpamaan mengenai perniagaan kepada saya dengan satu cerita, dia kata, Dik, kalau seorang nak makan nasi, kita akan jerang (masak) berapa ‘pot’ beras? saya menjawab dengan mengatakan “satu pot”. Dia Tanya lagi, habis tu kalau sepuluh orang?  Mungkin 8 pot sahaja dan mencukupi! Ini bergantung juga, kalau BEDAH yang makan, mungkin memerlukan 12 pot.
So, ini bermakna, dalam teori ekonomi bidangan, lebih banyak kuantiti atau jumlah sesuatu produk yang terlibat, semakin kurang kos ekonominya. Sebab itu lah pasaraya-pasaraya seperti Giant, Econsave, Family Store menjual produk mereka dengan kos yang rendah, dan ini mampu menarik pelanggan ke pasaraya mereka.

Persoalannya adalah , adakah ini membuatkan usahawan perlu menurunkan harga mereka agar mampu untuk bersaing dengan pasaraya ini? Adakah ini yang membuatkan usahawan menjadi takut dan akhirnya gagal dalam saingan? saya rasa tidak.  Sekiranya tidak,maka apa hujahnya?
JENG JENG JENG....



Berdasarkan penulisan diatas, maka boleh dikatakan bahawa kita bersetuju dengan teori pelanggan akan mencari dan membeli barangan yang paling murah dipasaran.  Maka berpindahlah kita kepada kes no 2. Sekiranya benar pelanggan akan hanya pergi ke Pasaraya atau kedai atau perkhidmatan yang paling murah, mengapa banyak pasaraya yang tidak beberapa nak murah masih beroperasi? Kenapa mereka masih ada pelanggan? Persoalan?

maka dekat sini lah teori “added Value” atau nilai tambah memainkan peranan. Bayangkan satu situasi di kedai A, harga barang A adalah RM2.00, di kedai B harga barang A RM2.20 tapi di kedai B, siapa yang beli barang A dapat satu ciuman di pipi oleh anak dara lawa tuan punya kedai? satu contoh yang tidak baik...
Contoh lain :- kenapa pelanggan masih ke Pasaraya A walaupun harga di pasaraya mungkin sedikit mahal: mungkin kerana perbezaan harga yang tidak ketara, tetapi pasaraya A mempunyai Parking Lot berbumbung, atau ruang permainan kanak-kanak, kedai makan yang beraneka jenis, kekemasan, kebersihan dan kecantikan ruang dalaman.... Semua kriteria ini memainkan peranan. banyak kriteria yang sebenarnya lebih berat yang lain, tetapi saya tidak mahu menekan perkara tersebut buat masa ini kerana ianya terlalu penting untuk survival USAHAWAN BUMIPUTRA! heh heh heh heh...

Kembali kepada nilai harga sesuatu barang, logiknya apabila seseorang pelanggan memilih antara dua produk yang hampir sama dengan harga yang hampir sama, secara automatik pelanggan tersebut akan mula membaca label untuk melihat nilai tambah yang ditawarkan, atau penggunaan bahan mentah untuk kedua produk, ataupun membuat bandingan kualiti dan jenama serta kelebihan kegunaan antara kedua produk tersebut. Mungkin ada pelanggan akan membeli yang murah tetapi selalunya pelanggan akan membeli sesuatu produk asalkan harga produk tersebut sesuai dengan nilainya, dengan harga yang dibayar dan mengikut kemampuannya pada waktu tersebut.  Dengan erti kata yang lain, selalunya pelanggan sanggup bayar lebih, asalkan dia merasakan apa yang dibayarnya berbaloi dan mempunyai nilai yang lebih.
mengikut teori saya, semua itu benar, kecuali dengan tambahan : mengikut citarasa dan kategori pelanggan itu sebagai contoh : Pelanggan dari kategori berpendapatan bawah RM850.00 sebulan, kategori middle icome earner dan high income earner.  Pelanggan yang ada 9 biji vellfire dekat rumah mungkin tak akan membeli belah di Family Store Taman Ampangan, logik.
Maka, teringat pula dekat kedai Makcik Wok, gerai Makcik Esah, Restoran Tom Yam Goong dan lelainnya .... satu persoalan yang menarik, apakah nilai tambah yang boleh di praktikkan oleh mereka? Apa tugasan kita dalam memastikan mereka mempraktikkan nilai tambah tersebut? Kita bersambung bab nie lain kali . Sekarang saya masuk ke Persoalan yang lebih awal mungkin kita terfikir, kenapa Syarikat yang memberikan harga terendah tidak semestinya menarik paling ramai pelanggan.



Sebelum topik ini dilanjutkan , perlu diberi kefahaman bahawa Kategori kemampuan pelanggan yang saya terangkan sebelum ini memainkan factor utama. Kerana akibat dari kategori tersebut membuatkan wujudnya perbezaan cara berbelanja antar Masyarakat di Malaysia dengan masyarakat di negara Canada sebagai contoh.  Di sebuah negara barat, terdapat satu bentuk masyarakat yang secara terang - terangan menghina mereka yang membeli produk yang cetak rompak. Mereka sangat memuja nilai sesuatu produk yang original. Kita lihat CD perisian permainan computer sebagai contoh, demi memiliki yang original, mereka akan membeli koleksi “box set” atau “collectors item”. ianya seakan mempunyai satu sentimental value, kerana packaging nya, corak dan designnya. Berbalik dengan masyarakat disini, kita pasti tahu berapa banyak kedai-kedai yang menjual perisian permainan yang berharga bawah RM10.00, sedangkan harga sebenar produk tersebut menjangkaui lebih dari RM 200.00! Sebab nya adalah mudah, kembali kepada kategori pelanggan tersebut, dan nilai tambah sesuatu produk. Akibat dari rata-rata pelanggang permainan tersebut bukan dari golongan berpendapatan tinggi, maka memiliki yang murah adalah lebih berbaloi berbanding membeli yang original kerana permainannya tetap sama!  Habis main, delete!!

to be continued....


KENAPA YANG MEMBERIKAN HARGA TERENDAH TIDAK SEMESTINYA MENARIK LEBIH RAMAI PELANGGAN...

Kita perhatikan berapa banyak kedai yang memberikan harga murah seperti “kedai 2 ringgit”, dan sebagainya, berikut adalah beberapa faktor.

Persepsi oleh pembeli yang merasakan “ada yang tak kena” dengan barangan tersebut. Persepsi seperti ini adalah sesuatu yang lumrah memandangkan sifat seperti ini seakan sudah menjadi kebiasaan, barangan colonial pasti lebih berkualiti, walaupun mahal. Sebagai contoh, sekiranya 1 produk yang sama, di jual dengan harga berbeza antara 2 kedai, persepsi mengatakan barangan yang lebih murah tersebut, mungkin lebih kurang kualitinya atau barangan yang lama dan lain-lain akan timbul. Ini akan membuatkan pelanggan merasa ragu-ragu dan sanggup membeli barangan yang sama dengan harga yang lebih tinggi sedikit TETAPI masih dalam jangkauan bajet atau jangkaannya.

Jadi adakah penetapan harga yang rendah bukan strategi yang terbaik?

Ini juga bergantung kepada jenis produk. Strategi lain yang boleh diguna pakai antaranya adalah dengan meletakkan produk atau servis yang berbeza nilainya di tempat pameran yang berbeza  atau lain tingkatnya, sebagai contoh:
Produk yang sama.  tanpa nilai tambah berada di lokasi paling bawah, produk yang mempunyai nilai tambah dengan harga yang lebih tinggi berada di tingkat atas. Dengan cara sedemikian, maka pelanggan boleh melihat secara terus produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dan produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambahnya dengan harga sedikit tinggi. Pelanggan boleh membuat penilaian sendiri, kelebihan nilai yang boleh didapatinya.
Maka secara tidak langsung, penjual tersebut sudahpun meletakkan barangan mengikut sasaran pembeli / penggunanya mengikut kategori, situasi dan bajet mereka. 

Perlu diingat bahawa pelanggan sangat mementingkan dan menjangkakan produk atau perkhidmatan yang bakal di bayar oleh mereka adalah berbaloi dengan NILAI YANG DIBERI, NILAI TAMBAH YANG DIBERI, MASA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT DAN PRODUK TERSEBUT, SERTA NILAI TAMBAH YANG PALING PENTING DI SEANTERO DUNIA IAITU -> KHIDMAT PELANGGAN.

Topik Khidmat Pelanggan ini akan saya up pada suatu hari nanti InsyaAllah.  tungguuu...

Untuk sebarang komen atau cadangan atau penambahan atau pertanyaan atau apa pun mengenai topik diatas, silakan hubungi kami secara terus melalui pertanyaan terus di ruangan komen, atau boleh email saya di nizranbaik@gmail.com terima kasey.

MARI MENCERABIH Part - 2

kesinambungan daripada bahagian pertama, maka ingin la saya berterusan mencerabih memandangkan saya tengah bosan.

Maka kini terbuka lah sudah BIZCOM di Tingkat 1, Bangunan Seremban Plaza Negeri Sembilan. Dikatakan oleh para pegawai bahawa besarlah harapan mereka ini sekiranya BIZCOm ini dapat beroperasi kembali. Maka berlakulah beberpa perbualan dan perbincangan ilmiah kononnya... chewah...

Kalau di kaji, apa peranan BIZCOM agaknya sekarang? pasti banyak perdebatan dan luahan hebat yang akan berlaku di setiap sudut sanubari yang maha gempak.  Betul, kalau dikaji dan ditilik dengan segala yang mungkin, kita boleh buat satu sesi brainstorming yang memakan masa sejam lebih.

Namunbegitu, saya terfikir, agaknya boleh tak kalo macam ni, sebelum kita fikir mengenai perkara di atas, apa kita kalau kita fikirkan apa sebenarnya yang usahawan-usahawan kecil di negeri Sembilan atau di Malaysia amnya kekurangan?

1. Kita ada banyak bengkel kereta, tapi kita takde one stop center untuk kereta.
2. Usahawan kurang membaca majalah - majalah keusahawanan?
3. Usahawan kurang tahap capaian maklumat?
4. Usahawan / pelanggan perlu ke merata tempat untuk mendapatkan info dan maklumat?
5. Peluang dan motivasi ?
6. Masih mengamalkan sistem, buka kedai, tunggu pelanggan datang?
7. mmmm.... tetiba berduyun duyun point yang datang... so dari pado saya mencerabih dan menyenaraikan lebih banyak lagi.... ada perlunya saya stop dulu... sebab, lagi banyak yang tersenarai... makin pening nak fikir camana nak bantu, camana nak cover... camana bla bla bla... takut-takut nanti, jadi sistem, dah disediakan nasi, minta tolong suapkan...   kacau... kacau..... tapi masih perlu disenaraikan...

07 January 2011

MARI MENCERABIH...... :- NIZRAN

Berikut adalah seperti yang disiarkan sekitar tahun 2006....

BizCom satukan usahawan bumiputera seluruh negara

KUALA LUMPUR 3 Mac – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan mewujudkan sebanyak 111 kios BizCom (business community) di seluruh negara bagi membantu golongan usahawan bumiputera berinteraksi dengan lebih berkesan menerusi multimedia.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, BizCom akan mewujudkan satu komuniti usahawan bumiputera tanpa mengikut sektor dan struktur persatuan yang memerlukan pelantikan ketua dan jawatankuasa.

‘‘Penubuhan BizCom ini dilakukan setelah kementerian melihat ada sesetengah usahawan mempunyai persatuan tetapi dalam sektor-sektor tertentu, mereka bergerak sendirian.

‘‘Keadaan ini menyukarkan usahawan terlibat untuk mengetahui maklumat dan bantuan perniagaan yang ditawarkan, sekali gus terpinggir daripada arus perkembangan teknologi semasa,’’ katanya selepas merasmikan kios BizCom Medan Mara di sini hari ini.

Menurutnya, pada peringkat awal, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dipertanggungjawabkan membina 111 kios BizCom itu, setiap satu bernilai RM100,000 di semua pusat Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) seluruh negara.

‘‘Dengan hanya membayar yuran RM60 setahun, usahawan boleh mendapatkan perkhidmatan dan bantuan yang diperlukan selain mengetahui maklumat mengenai program-program yang disediakan kerajaan.

‘‘Di kios BizCom ini juga, usahawan boleh berbincang, mendapat nasihat dan diperkenalkan kepada perisian perniagaan,’’ katanya.

Katanya, buat permulaan ini, Mara akan menanggung 50 peratus yuran pendaftaran tahun pertama bagi usahawan-usahawan yang menyertai BizCom.

Katanya, menerusi BizCom, seramai 40,000 usahawan di bawah naungan Mara dan sekitar 120,000 usahawan bumiputera yang lain dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan termasuk mencari rakan kongsi dan jaringan perniagaan dengan lebih berkesan.

‘‘Kita mahu wujudkan budaya komuniti usahawan bumiputera yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan menggunakan maklumat yang diperlukan untuk menghadapi era globalisasi,’’ jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, kios BizCom di seluruh negara akan dikendalikan oleh usahawan yang mempunyai latar belakang IT dan pembukaannya akan membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai graduan.

dipetik dari :

http://www.bicarajutawan.com/forum/t838/


Namunbegitu, apakah yang telah berlaku, satu projek yang melibatkan RM berjuta-juta nie?

jawapannya adalah...... TIADA APA-APA!!!! hohohohohoho


Namunbegitu.....

Kiosk2 Bizcom kini kalau saya tak salah sudah diambil atau dibawah MARA Negeri.


BERIKUT adalah CATATAN PERIBADI saya.

UNTUK MAKLUMAN PARA USAHAWAN BAIK BUMIPUTRA MAHUPUN BUKAN....

SEKIRANYA ANDA INGIN MEMASARKAN PRODUK ANDA DI INTERNET... BERAPAKAH KOS SEBENAR YANG ANDA PERLUKAN????

JAWAPANNYA : BAWAH RM1000.00!!!

Hish.... mahalnya.... biar betul.... takkan sebegitu mahal????

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, mari saya huraikan satu persatu... saya akan listkan breakdown untuk RM1000.00 itu.

1. Personal Computer
2. talian internet ( talian tetap atau broadband ) (mana-mana pun tetap lembab)
3. masa
kos memasarkan produk di internet? adalah?????


percumaaaaaaa   kosong.... sifar..... kalau ada siapa-siapa yang mengajak tuan-tuan dan puan-puan utk memasuki mana-mana laman web berbayar untuk tuan-tuan dan puan-puan pasarkan produk pada pendapat saya adalah mengarut!!!! TOTAL.

memasarkan produk didalam internet adalah satu konsep "perfect competition!!! bukan MONOPOLY... BUKAN OLYGOPOLY... tetapi adalah PERFECT COMPETITION. 

Persoalannya adalah, apakah itu Perfect competition???

Perfect competition atau Persaingan Lengkap/Bebas adalah satu konsep ekonomi yang menerangkan beberapa 

Dalam Teori ekonomi, dikatakan didalam sesuatu pasaran, terdapat berbagai variasi penjual dan pembeli yang wujud. Oleh yang demikian, untuk sesuatu industri ataupun jenis perniagaan akan terdapat berbagai penjual / yang menyediakan perkhidmatan tersebut, dan terdapat juga berbagai-bagai / ramai pembeli atau kategori pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat tersebut.

Oleh yang demikian,pembekal atau penyedia perkhidmatan didalam  pasaran secara amnya dibahagikan kepada 3 jenis. Monopoli, Oligopoli dan Persaingan lengkap. Monopoli boleh kita lihat seperti Syarikat yang menyediakan perkhidmatan seperti talian komunikasi atau pembekal tenaga elektrik atau Penyedia perkhidmatan kapal terbang.  (tak banyak player / pembekal, membuatkan mereka mampu untuk membuat penetapan harga mereka sendiri, pengguna terpaksa menggunakan perkhidmatan mereka) kerana produk atau perkhidmatan mereka kurang pesaingnya, atau produk alternatif lain yang hampir sama dengan produk mereka.

oligopoli pula adalah seperti syarikat2 pembekal petrol.Tidak terlalu banyak syarikat yang menyediakan khidmat tersebut, tetapi masing-masing bergantung  rapat antara satu sama lain. Hampir tiada jurang perbezaan terhadap harga barang yang di tawarkan! Sedikit perbezaan akan membuatkan pengguna beralih ke syarikat lawan / syarikat lain. Perbezaan produk antara satu sama lain pula sangat kurang, atau hampir sama. Perbezaan mungkin dari segi promosi dan lain-lain.

Manakala Persaingan lengkap/bebas pula adalah terdapat ramai pembekal dan penjual kepada produk yang ditawarkan. Dan produk tersebut tiada beza. Sini jual sayur taugeh, jalan depan sedikit pun jual sayur taugeh!.Sebagai contoh, pasar malam!! dalam jarak 10 meter, terdapat hampir 10 produk yang sama! Pengguna / pelanggan boleh tawarkan harga kepada penjual, sekiranya penjual A tidak mahu menurunkan harga, pengguna boleh teruskan pergi ke Penjual B sebagai contoh.  Dengan erti kata lain, sekiranya pengguna dah bertanya sehingga ke penjual B, walaupun terdapat sedikit perbezaan harga, kadang-kadang pengguna beli juga, sebab MALAS NAK JALAN KE BELAKANG ATAU KE PENGGUNA A!!!!

Ok, sekiranya kita memahami akan maksud Persaingan Lengkap ini maka kita akan sedar akan betapa kritikal dan pentingnya untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kita.

kita akan sedar bahawa 

1. Kalau pelanggan kita tidak berpuas hati dengan kualiti kita sebagai penjual, maka pelanggan kita akan lari / pergi ke penjual yang lain. Simple, mudah , tepat , kemas dan sempurna!!!!!

Jadi apakah maksud atau kriteria sebagai Penjual yang berkualiti??? Kita nak berkualiti dari segi apa.... Bila ditanya kepada mana-mana usahawan, dengan pantas usahawan akan jawab... eh... produk saya berkualiti bla bla bla....

jadi ceritanya adalah... memang le produk tersebut adalah berkualiti, memanglah masakan di kedai puan sedap, memanglah kereta yang tuan cuci berkilat-kilat, tetapi apakah nilai tambah yang tuan sediakan? apakah kualiti yang tuan berikan membuatkan pelanggan tuan akan terus setia datang ke kedai tuan? ````````



TO BE CONTINUED