Followers

27 February 2011

Artikel Menarik - I Hope Business Is Slow Today

Hari ni masa surfing, terserempak dengan satu artikel bertajuk, I I Hope Business Is Slow Today (Saya harap perniagaan akan perlahan hari ini).. Ye ke macam tu? dengan erti kata lain adalah, saya berharap, hari ini kira pelanggan tidak ramai datang...
Didalam artikel tersebut menyatakan, sesetengah pekerja berharap agar kurang pelanggan yang mendapatkan khidmat mereka. Golongan seperti ini adalah golongan yang datang bekerja, menjalankan kerja mereka dan pada tarikh yang dijanjikan, mereka akan dapat gaji mereka. Mereka gagal dalam menyedari hakikat sekiranya keadaan tersebut berterusan, mereka kemungkinan akan tidak bekerja di syarikat tersebut lagi.
Sebenarnya bagi majikan, golongan seperti ini adalah sangat merbahaya kepada syarikat ataupun organisasi. Mereka adalah golongan yang tidak menyedari bahawa mereka adalah sangat penting bagi syarikat. Sepatutnya, sekiranya ada pekerja seperti ini, majikan perlu mengenalpasti mereka, dan memotivasi mereka sehingga mereka benar-benar sayangkan syarikat dan menyedari kepentingan mereka didalam syarikat atau organisasi mereka.
So, memandangkan saya mencerabih, maka saya akan mengajak saudara sekelian untuk melihat perkara beberapa perspektif atau melihatnya dari sudut yang berbeza...

1. Apa yang membuatkan kakitangan mengharapkan perniagaan adalah lembab ?
2. Apa keperluan untuk kakitangan menyedari akan kepentingan mereka ditempat kerja?
3. Apa untungnya memotivasikan pekerja, kan lebih baik pekerja tersebut ditegur, diberikan peringatan dan diambil   tindakan, inikan zaman orang terdesak mencari kerja, "ramai lagi yang nak kerja kat sini kat luar tu, (ayat biasa majikan).
4. Apa bahayanya kepada majikan sekiranya pekerja tahu bahawa diri mereka adalah penting kepada syarikat? 
5. Bagaimana untuk memastikan pekerja sedia ada sentiasa komited, bermotivasi dan sayangkan syarikat?

wahh.. tu antara angle-angle yang sekiranya dijawab, akan mewujudkan lagi persoalan-persoalan dan percambahan idea dan perbahasan. 
Saya teringat dulu lecturer saya menceritakan mengenai sebuah organisasi yang cemerlang di Jepun. Organisasi ini akan memaparkan jumlah jualan, jumlah bahan mentah yang rosak(akibat kelalaian pekerja), jumlah keuntungan semasa syarikat dan lain-lainnya. Pada hujung bulan kononnya, syarikat akan menunjukkan berapa keuntungan bersih syarikat dan peratusan yang digunakan bagi kegunaan mencantikkan banggunan, kebajikan pekerja, dan bonus kepada kakitangan mereka pada setiap bulan! Diceritakan lagi bahawa kakitangan organisasi tersebut begitu sayangkan syarikat mereka, mereka menunggu untuk melihat carta dan laporan pada setiap bulan, mereka cuba berusaha agar mereka kurang melakukan kesilapan, mereka anggap syarikat sebagai keluarga kedua mereka, mereka mengganggap kakitangan sebagai adik beradik mereka, dan bagi mereka yang didalam bidang penjualan produk dan perkhidmatan pula akan sentiasa melakukan yang terbaik, agar syarikat terus menerus menerima pelanggan dan pelanggan setia  kepada mereka! 
Bagi mereka yang ada Diploma dalam bidang yang berkaitan, pasti tahu dan faham halatuju pencerabihan saya ini. Kalau terfikir, mengenai lebih gaji dan bonus itu, maka anda selayaknya membakar sahaja Diploma atau Ijazah tersebut. Mengikut kajian, pekerja sanggup bekerja ditempat yang memberikan mereka gaji yang lebih rendah tetapi memenuhi kehendak kendiri mereka yang lain. Apakah itu? kalau saya listkan, pastinya anda akan disuap-suap lagi bukan?. Makanya, silalah cari sendiri. Walhal persoalan di atas masih lagi tidak terjawab sepenuhnya!
Jadi sebagai selingan saya selitkan beberapa gambar mengenai sebuah pejabat yang mana mereka adalah baru dalam dunia yang mereka ceburi, tetapi memberikan hasil yang sangat digeruni dan sangat maju kini iaitu, Google. Mari kita lihat bagaimana sedikit 2 -3 kerat gambar pejabat mereka.



23 February 2011

Artikel Menarik - Five Signs You're a Bad Boss

Masa tengah surfing tadi terjumpa sebuah artikel yang menarik mengenai teknik menjadi Boss yang baik, atau juga dalam kategori Perlakuan Organisasi serta Human Resources. Signifikan dengan entri sebelum ini, saya cadangkan para usahawan membaca dan menilai sendiri kriteria yang dipamerkan disini, tidak hanya sebagai seorang Boss besar di syarikat anda, tapi juga untuk diri anda sendiri yang mungkin hanya mengetuai sesuatu kumpulan di tempat kecil, atau persatuan... silakan baca... 

KESAN POSITIVE REINFORECEMENT???

Sigmund Freud dan Erik Erikson telah membuat satu Teori Psikoanalisis yang membantu menjelaskan bahawa apabila seseorang memuji atau memberi satu perilaku positif atau negatif ianya akan melahirkan satu tindakan yang berulang. Dengan erti kata lain, sekiranya seseorang itu telah diberikan satu tindakbalas positif ketika melakukan sesuatu yang baik, perilaku itu akan lebih cenderung untuk mengulangi perbuatannya itu. 

10 Konsep Pemasaran yang Lawak...

1. You see a gorgeous girl at a party.
You go up to her and say, "I am very rich. Marry me!"
That's DIRECT MARKETING.

2. You are at a party with a bunch of friends and see a gorgeous girl.
One of your friends goes up to her and pointing at you says,
"He's very rich. Marry him!"
That's ADVERTISING.

3. You see a gorgeous girl at a party.
You go up to her and get her telephone number.
The next day, you call her and say, "Hi, I am very rich. Marry me!"
That's TELEMARKETING.

4. You see a gorgeous girl at a party.
You get up and straighten your tie. You walk up to her and pour her a
drink. You open the door for her. You pick up her bag after she drops
it. You offer her a ride and you say, "By the way, I am very rich.
Will you marry me?"
That's PUBLIC RELATIONS.

5. You see a gorgeous girl at a party.
She walks up to you and says, "You are very rich. Can you marry me?"
That's BRAND RECOGNITION.

6. You see a gorgeous girl at a party.
You walk up to her and say, "I am very rich. Marry me!"
She gives you a nice hard slap on your face.
That's CUSTOMER FEEDBACK .

7. You see a gorgeous girl at a party.
You walk up to her and say, I am very rich. Marry me!"
And she introduces you to her husband.
That's DEMAND AND SUPPLY GAP.

8. You see a gorgeous girl at a party.
You walk up to her and before you can say anything, another person
comes along and tells her, "I am very rich. Marry me!"
That's MARKET COMPETITION.

9. You see a gorgeous girl at a party.
You walk up to her and before you can say anything, another person
comes along and tells her, "I am very rich. Marry me!
And she follows him.
That's LOSING MARKET SHARE.

10. You see a gorgeous girl at a party.
You walk up to her and before you can say, "I am very rich. Marry me!",
YOUR WIFE TURNS UP!
That's BARRIER TO NEW MARKET ENTRY

22 February 2011

Al-Quran Berumur 500 tahun... dan lelainnya...

Sayugianya saya terjumpa akan artikel mengenai Alquran tulisan tangan terbesar di dunia, walaupun ada jumpa gambar2 yang lain, namun begitu, apa yang menariknya adalah al-Quran ini adalah didalam simpanan sebuah muzium di Manchester.

berikut adalah sedikit sedutan didalam artikel tersebut... untuk info yang lebih lanjut, sila homework sendiri laman-laman lain yang berpuluh-puluh tu, mengenai al-quran berumur 500 tahun ini...


500-year-old copy of Holy Quran to be published online

Updated at 1640 PST Monday, January 24, 2011
 MANCHESTER: A rarely-seen manuscript of one of the world's most important copies of the Holy Quran is to be published online.

The hand-written holy book, estimated to be around 500 years old, is so precious and fragile scholars have been unable to put it on display.

Now experts at the University of Manchester's John Rylands Library are using digital technology to photograph each page and publish the book online to enable scholars and students to study it.

The fragile 470-page book is kept by in the University of Manchester’s John Rylands Library.

Each of the 470 pages measures 35in by 24in, the size of a large plasma screen TV. 
The ornate book was written by several scribes and illuminators for Kansuh al-Ghuri, the penultimate Mameluke sultan of Egypt.

Historians disagree on when it was written, with estimates ranging from the second half of the 14th century to 1500.

At least 950 images will be captured – which will be between 80 and 120MB each – allowing their study in intricate detail.
berikut adalah gambar-gambar lain mengenai Quran tulisan tangan ini...


21 February 2011

Ciri-ciri usahawan yang menepati ajaran islam.


sumber : http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com


Ciri-ciri usahawan yang menepati ajaran islam.
Assalamualaikum

Bersyukurlah kepada Allah,kerana dilahirkan islam.Bersyukurlah kepada Allah kerana diberikan rezeki menjalankan perniagaan.Mengerjakan perniagaan adalah amalan mulia dan dituntut dalam agama.Malah nabi saw adalah usahawan yang amanah,cemerlang dan menjadi tauladan yang baik.Setiap usahawan perlu menjadi usahawan yang menjalankan perniagaan dengan mematuhi ajaran agama dengan baik dalam kehidupan seharian dan perniagaan agarmenjadi usahawan yang benar-benar diredai Allah Maha Pencipta. Usahawan dan peniaga perlu mengetahui tentang ciri-ciri usahawan islam yang benar-benar menepati ajaran islam dan diakui oleh islam serta diredai Tuhan dan rasul-Nya.Antara ciri-ciri tersebut ialah:

1.Menunaikan solat lima waktu.
Usahawan perlu menunaikan solat lima waktu setiap hari.Solat adalah tiang agama yang perlu ditunaikan di mana sahaja berada.Ramai usahawan mengabaikan solat lima waktu kerana terlalu sibuk berniaga. Mementingkan wang sehingga mengabaikan solat.Usahawan tidak pernah memandang nasib pada masa hadapan iaitu akhirat.

Lihatlah berapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan di pasar malam,kedai-kedai,gedung perniagaan dan lain-lain leka serta cuai dalam menunaikan solat. Ketika azan berkumandang,usahawan sibuk menjalankan tugas dan mesyuarat demi mengejar keuntungan dan kekayaan.Meninggalkan solat adalah perkara biasa kepada segelintir usahawan. Apabila usahawan meninggalkan solat,ianya menunjukkan usahawan tidak memahami tujuan kehidupan dan pengertian ibadat kepada Allah. Dalam fikiran usahawan hanya wang dan harta. Usahawan yang mahu keredaan Tuhan dan rasul-Nya perlu menunaikan solat lima waktu ketika sibuk,susah atau senang.Bumi Malaysia yang luas dan kaya ini tidak kurang terdapat masjid,surau untuk kemudahan orang islam.Malah orang islam boleh menunaikan solat di mana sahaja,asalkan bersih. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk dengan perniagaan adalah alasan yang tidak diterima Allah di akhirat.

Manusia yang sentiasa berterima kasih kepada Allah ialah manusia yang menunaikan perintah Tuhan walau di mana pun berada.Menunaikan solat adalah kewajipan kepada orang islam yang mukallaf.Menunaikan solat bukan mengambil masa yang lama dan panjang. Luangkanlah masa mengerjakan solat.Jadilah usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya. Apalah guna mendapat rezeki yang banyak,memandu BMW,tinggal di banglo mewah,memiliki suami atau isteri yang cantik,mendapat anak-anak yang sihat, mampu melancong sana sini tetapi di dalam kubur nanti menerima pukulan mungkar dan nangkir, manakala akhirat kelah dihumban ke neraka. Itulah balasan usahawan yang mengabaikan solat.



2.Mementingkan rezeki halal.

Perniagaan mempunyai pelbagai cabang.Islam hanya menghalalkan segala jenis perniagaan yang bersih.Sikap usahawan yang tidak pernah mengambil berat isu halal haram adalah usahawan yang tidak mementingkan agama. Menjual dadah, arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan aib produk,menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah antara contoh perniagaan yang dilarang sama sekali.Namun segelintir usahawan mahu cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas.


Wujud juga sesetengah usahawan yang menjalankan perniagaan halal seperti membuka restoran dan kedai makan tetapi tidak mementingkan sumber yang halal. Ada yang menjual ayam yang tidak disembelih dengan syariat dan cara yang betul,tidak membasuh telur dengan bersih kemudian memegang dan membuat roti canai,menggunakan susu dan bahan minuman yang telah luput tarikh,menipu dalam kiraan harga, menjual makanan yang telah basi dan lain-lain. Segala perbuatan tersebut jelas menyebabkan rezeki yang diperolehi usahawan menjadi tidak halal walaupun asal perniagaan adalah halal.

Begitu juga usahawan yang menipu dalam timbangan dan sukatan kerana mahu mengaut lebih keuntungan.Ada juga usahawan yang menjual emas yang telah dicampur dan mendakwa ianya asli dan tulin. Pelbagai usaha dan langkah dilakukan usahawan untuk mengaut keuntungan tanpa mengira perbuatan tersebut adalah salah. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Allah perlu menjalankan perniagaan dengan cara yang jujur, amanah, bersih dan suci. Usahawan yang mementingkan rezeki yang halal adalah usahawan yang diakui Tuhan sebagai usahawan yang taat dan mendapat balasan baik di akhirat nanti.

Janganlah mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan faktor halal dan haram. Rezeki yang haram akan membawa usahawan ke neraka nanti. Berusahalah menjalankan perniagaan yang halal dan pastikan perniagaan mendapat berkat dan bersih.


18 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Perarakan Maulidur Rasul yang disertai oleh kakitangan MARA Negeri Sembilan pada 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabi'il...

sumber gambar dari blogger http://www.sahromnasrudin.com....    dan juga dari album Kak Azlina .. http://www.facebook.com/album.php?aid=32984&id=100000789251621 ... kalo terjumpa gambar2 lagi, saya akan upload...

(p/s saya sedih betul bila setiap kali program gambar saya takde... hohohoho)














17 February 2011

EXPLORACE USAHAWAN

EXPLORACE USAHAWAN 
akan diadakan pada 12 MAC 2011 dan bermula di BANGUNAN SEREMBAN PLAZA.
Bayaran hanya rm250 (2.5% drpd byrn akan disumbangkan kpda Rumah Sri Kenangan NS) 
anjuran ALLATIF MUGHNI RESOURCES. Sesiapa yg berminat sila berhubung dgn kami atau Ting's Prop dgn kadar segera.tarikh tutup penyertaan pada 28 februari 2011 :)
 

11 February 2011

SUNDAY, 14 FEBRUARY 2010


Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah






Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

Dalam artikel saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Saya akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Benarkah begitu?




10 February 2011

Nukilan - Pedoman -


TAMADUN ISLAM...

 

MATANYA MULA merah.Tangannya mula menggenggam penumbuk. Saya mula teragak-agak untuk meneruskan perbualan yang semakin panas itu. 



Tapi dia terus mendesak. "Apa kata awak, ini bukan tamadun Islam? Tengoklah betapa hebatnya mangkuk dan pinggan yang terukir dengan ayat Quran ni... Diperbuat daripada emas pula. Awak kata ini tak hebat?" katanya.


Saya mula `cool down`. Puas mencari jalan bagi meredakan keadaan. Tidak sangka pula berbincang pasal Islam sampai boleh jadi begini. Yalah... berbincang perkara baik hingga terbabas hampir-hampir jadi tak baik. "Saya akui kehebatannya. Tetapi tamadun Islam lebih hebat daripada itu. Kalau sekadar pinggan emas yang berukir ni, pinggan mangkuk tamadun China pun tak kalah hebatnya," kata saya.


"Tu meriam yang besar tu awak kata tak hebat? Arkeologi di atas sana tu tak hebat? Baju besi di depan sana tu tak canggih? Apa awak ni, anti Islam ke?" bentaknya tiba-tiba.



09 February 2011

program 'trading house'

 
PROGRAM : TAKLIMAT MENGENAI TRADING HOUSE
ANJURAN : GLOCAL LINK (anak syarikat MARA)
TUJUAN : MEMBANTU MEMASARKAN PRODUK2 USAHAWAN BUMIPUTERA
TARIKH : 10 FEBRUARI 2011
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : BILIK KULIAH PUSMA NS