Followers

27 February 2011

Artikel Menarik - I Hope Business Is Slow Today

Hari ni masa surfing, terserempak dengan satu artikel bertajuk, I I Hope Business Is Slow Today (Saya harap perniagaan akan perlahan hari ini).. Ye ke macam tu? dengan erti kata lain adalah, saya berharap, hari ini kira pelanggan tidak ramai datang...
Didalam artikel tersebut menyatakan, sesetengah pekerja berharap agar kurang pelanggan yang mendapatkan khidmat mereka. Golongan seperti ini adalah golongan yang datang bekerja, menjalankan kerja mereka dan pada tarikh yang dijanjikan, mereka akan dapat gaji mereka. Mereka gagal dalam menyedari hakikat sekiranya keadaan tersebut berterusan, mereka kemungkinan akan tidak bekerja di syarikat tersebut lagi.
Sebenarnya bagi majikan, golongan seperti ini adalah sangat merbahaya kepada syarikat ataupun organisasi. Mereka adalah golongan yang tidak menyedari bahawa mereka adalah sangat penting bagi syarikat. Sepatutnya, sekiranya ada pekerja seperti ini, majikan perlu mengenalpasti mereka, dan memotivasi mereka sehingga mereka benar-benar sayangkan syarikat dan menyedari kepentingan mereka didalam syarikat atau organisasi mereka.
So, memandangkan saya mencerabih, maka saya akan mengajak saudara sekelian untuk melihat perkara beberapa perspektif atau melihatnya dari sudut yang berbeza...

1. Apa yang membuatkan kakitangan mengharapkan perniagaan adalah lembab ?
2. Apa keperluan untuk kakitangan menyedari akan kepentingan mereka ditempat kerja?
3. Apa untungnya memotivasikan pekerja, kan lebih baik pekerja tersebut ditegur, diberikan peringatan dan diambil   tindakan, inikan zaman orang terdesak mencari kerja, "ramai lagi yang nak kerja kat sini kat luar tu, (ayat biasa majikan).
4. Apa bahayanya kepada majikan sekiranya pekerja tahu bahawa diri mereka adalah penting kepada syarikat? 
5. Bagaimana untuk memastikan pekerja sedia ada sentiasa komited, bermotivasi dan sayangkan syarikat?

wahh.. tu antara angle-angle yang sekiranya dijawab, akan mewujudkan lagi persoalan-persoalan dan percambahan idea dan perbahasan. 
Saya teringat dulu lecturer saya menceritakan mengenai sebuah organisasi yang cemerlang di Jepun. Organisasi ini akan memaparkan jumlah jualan, jumlah bahan mentah yang rosak(akibat kelalaian pekerja), jumlah keuntungan semasa syarikat dan lain-lainnya. Pada hujung bulan kononnya, syarikat akan menunjukkan berapa keuntungan bersih syarikat dan peratusan yang digunakan bagi kegunaan mencantikkan banggunan, kebajikan pekerja, dan bonus kepada kakitangan mereka pada setiap bulan! Diceritakan lagi bahawa kakitangan organisasi tersebut begitu sayangkan syarikat mereka, mereka menunggu untuk melihat carta dan laporan pada setiap bulan, mereka cuba berusaha agar mereka kurang melakukan kesilapan, mereka anggap syarikat sebagai keluarga kedua mereka, mereka mengganggap kakitangan sebagai adik beradik mereka, dan bagi mereka yang didalam bidang penjualan produk dan perkhidmatan pula akan sentiasa melakukan yang terbaik, agar syarikat terus menerus menerima pelanggan dan pelanggan setia  kepada mereka! 
Bagi mereka yang ada Diploma dalam bidang yang berkaitan, pasti tahu dan faham halatuju pencerabihan saya ini. Kalau terfikir, mengenai lebih gaji dan bonus itu, maka anda selayaknya membakar sahaja Diploma atau Ijazah tersebut. Mengikut kajian, pekerja sanggup bekerja ditempat yang memberikan mereka gaji yang lebih rendah tetapi memenuhi kehendak kendiri mereka yang lain. Apakah itu? kalau saya listkan, pastinya anda akan disuap-suap lagi bukan?. Makanya, silalah cari sendiri. Walhal persoalan di atas masih lagi tidak terjawab sepenuhnya!
Jadi sebagai selingan saya selitkan beberapa gambar mengenai sebuah pejabat yang mana mereka adalah baru dalam dunia yang mereka ceburi, tetapi memberikan hasil yang sangat digeruni dan sangat maju kini iaitu, Google. Mari kita lihat bagaimana sedikit 2 -3 kerat gambar pejabat mereka.









Berpandu kepada gambar-gambar yang saya postkan disini, logiknya kita fikir, "hish... takkan saya nak buat macam ni pejabat saya, TINGGI KOSNYA NI"!!
Saya perhatikan di Malaysia, syarikat-syarikat lebih cenderung untuk menganjurkan "FAMILY DAY YANG MAHA BOSAN", LAWATAN / ROMBONGAN MARI BERSHOPPING YANG HANYA MEMENTINGKAN MEREKA YANG BERKEMAMPUAN DAN TIDUR HOTEL< MAKAN DI HOTEL.,Malang sekali, dengan pelbagai alasan yang menggalakkan sikap NEGATIF di kalangan pekerja tidak berubah, malah menggalakkan pekerja mengamalkan cara dan gaya hidup yang MEMBOSANKAN dan MENAIKKAN BERAT BADAN! (Antara alasan yang utama adalah seperti :
a. Tidak ramai yang meminati aktiviti lasak dan riadah , kerana merbahaya, kerana ramai yang dah tua, kerana bajet yang tinggi, dan lain-lain) MALU SAYA KATAKAN DISINI,  SAYA PERNAH MENGENDALIKAN TEAM BUILDING SEBUAH SYARIKAT TERKEMUKA DI MALAYSIA, YANG MENGHANTAR PEKERJA DAN KELUARGA MEREKA KE TEAMBUILDING, YANG MANA, SAYA TELAH MEMPUNYAI SEORANG PESERTA SEMUDA 3 TAHUN, DAN SEORANG NENEK BERUSIA 68 TAHUN. NENEK TERSEBUT SELAMAT MELAKSANAKAN SEMUA HALANGAN, TERMASUK MELAKSANAKAN AKTIVITI REPELLING, FLYING FOX DAN HIGH ROPES!.Sikap negatif kakitangan LEMAH DAN LEMBIK ini sebenarnya boleh di samakan seperti berikut, SEMUA ORANG TAK SUKA DIHANTAR PERGI KURSUS  TETAPI MEREKA PERGI JUGA DAN MENDAPAT HASILNYA / KEBAIKANNYA! SAYA CABAR para majikan menghantar pekerja mengikuti aktiviti riadah yang mudah dan simple, dan lihat hasilnya,  MAJIKAN BERTANGGUNGJAWAB dalam memastikan pekerja mereka bersemangat, tidak terus menerus melakukan aktiviti yang membosankan, hanya mementingkan sesetengah pihak yang berkepentingan dan  KURANG BERSIFAT NEGATIF dan mampu merehatkan minda, mengalih perhatian dari tempat kerja dan lain-lain.
Kalaulah majikan faham akan kepentingan menjaga pekerja, kepentingan dan kebaikan menghantar pekerja mengikuti kursus-kursus bina pasukan, "coaching" dan riadah, Saya yakin, syarikat-syarikat bumiputera di Malaysia pastinya berebut-rebut melaksanakannya, walaupun terpaksa gunakan duit kereta besar dan makan besar para majikannya sendiri. Contoh diatas adalah diantara cara dan teknik dari berpuluh cara yang lain untuk memastikan pekerja sentiasa komited dan cemerlang!
Namunbegitu, kita faham akan sumber syarikat yang terhad, Pada saya, Kepentinganya terletak di sejauhmana sesuatu syarikat ataupun organisasi itu memulakan langkah yang pertama. Percayalah langkah yang pertama itu tidak memerlukan sumber kewangan yang banyak. Ada juga cara yang tidak memerlukan wang langsung! 

Berikut adalah pendapat saya mengenai perkara yang boleh dilaksanakan oleh para majikan sebagai permulaan...

1. Wujudkan suasana kerja yang menaikkan semangat, menimbulkan rasa kasih dan sayang pekerja, yang mesra pengguna. Contoh :
  • Mulakan tapak semaian, (bagi yang ada tanah) dengan menanam pelbagai pokok "indoor" dan "outdoor". Setiap kali pokok boleh dipisahkan untuk dicambahkan, beli pasu, tanam dan letakkan pokok di tempat-tempat yang bersesuaian di dalam dan luar tempat kerja.
  • pastikan tahap kebersihan dan kekemasan tempat kerja merehatkan dan mesra pengguna.
  • wujudkan tempat riadah yang mudah dan murah didalam tempat bekerja untuk pekerja berehat sekejap-sekejap.
2. Galakkan aktiviti riadah dan bersukan serta aktiviti-aktiviti yang "di luar kotak"
  • aktiviti trekking dan hiking ( kosnya cuma bayat permit sekiranya ada), tetapkan matlamat yang mudah sampai, bila dah sampai, berkumpul, berbual, kembali semula ke starting point dan pulang. Ulanginya berserta matlamat ending point yang lebih jauh pada masa akan datang. ( banyak kelebihan aktiviti ini dari segi keilmuan teambuilding dan kesihatan semestinya)
  • kalau nak ke Hotel dan laksanakan FAMILY DAY, kan lebih murah dan mesra pengguna kalau pergi ke kawasan perkelahan, sewa chalet, menikmati udara nyaman, dan melaksanakan aktiviti yang menggunakan alam semulajadi.
  • dan lain-lain.
Diulangi, perkara sebegini, kalau saya huraikan, pastinya tebal menjela-jela dan akan membuatkan para pegawai besar tersipu-sipu, Maka saya rehatkan dahulu topik sebegini di sini sahaja, saya yakin, para majikan dan syarikat akan nampak kebaikannya sekiranya mereka membuat research sendiri terhadap keperluan ;pushing one self to be a better employee.

(p/s)
-Saya sangat sedih melihat golongan2 negatif didalam sebuah organisasi yang cepat sangat kata TAK BOLEH apabila mendengar cadangan yang pelik dan tidak PESIMIS seperti mereka..
- saya juga sangat sedih sebab selama saya mengendalikan teambuilding di pelbagai lokasi, syarikat bumiputera tak sampai 10....

Cerabih saya dah tamat... Nizran :- 0344 Ahad 27 Februari 2011.
(di post di blog saya juga sebab ianya adalah blog saya!)