Followers

22 October 2009

Langkah Pertama

Ini adalah langkah pertama saya dan Hidayah aka Bedah untuk menarik minat usahawan melayu khasnya untuk berjnak-jinak dengan penggunaan internet.
adalah menjadi harapan kami agar usaha ini mendapat sambutan, agar usahawan sedar bahawa:

teori seperti memiliki kedai dan menunggu pelanggan datang sudah tidak berupaya membantu usahawan lagi pada masakini.

usahawan perlu rebut peluang di alam siber, dan melebarkan sayap mereka di alam ini.

projek ini juga bersifat serampang 2 mata sebenarnya, sekiranya usaha ini mendapat sambutan, maka usahawan akan lebih peka dengan penggunaan internet dalam mencari ilmu, penggunaan e-mel dalam berhubung dengan pelanggan atau menjalin usahasama dengan rakan niaga yang lain serta memudahkan penyampaian maklumat dari MARA N9 kepada usahawan.

kami sangat yakin, bahawa sekiranya beberapa perkara pokok ini dapat digenggam oleh usahawan, maka usahawan akan mendapat sangat banyak kelebihannya.

saya juga menjemput kepada mana-mana usahawan yang mempunyai produk dan perkhidmatan untuk dijual agar bolehlah link dengan blog ini ataupun ke laman http://usahawanmara.multiply.com. sekiranya ada usahawan yang mempunyai laman multiply, bolehlah menjadi contact atau menjadi ahli group http://usahawanmaran9.multilpy.com

saya menjemput sebarang kritikan dan cadangan kepada kami. sekian terima kasih.